Saturday, December 26, 2009

ARAHAN ASAS KAWAD KAKI

ASAS KAWAD KAKI

PERGERAKAN

1. BARIS SEDIA
2. BUKA BARISAN GERAK
3. PANDANG DEPAN
4. SENANG DIRI
5. BARIS SEDIA

MELAPOR

TABIK HORMAT.

“SELAMAT PAGI TUAN, SAYA/PASUKAN .... SIAP SEDIA UNTUK DIUJI TUAN. TABIK HORMAT. “TERIMA KASIH TUAN”.
KAWAD STATIK

1. 4 LANGKAH KE KIRI GERAK
2. 4 LANGKAH KE KANAN GERAK
3. BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA , KE KANAN PUSING
4. BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA, KEBELAKANG PUSING.
5. BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN , KE KANAN PUSING
6. BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG, KE BELAKANG PUSING.
7. BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKANG PUSING.
8. HORMAT, HORMAT KE HADAPAN HORMAT.

KAWAD BERSAMBUNG/BERANTAI.

1. TUTUP BARISAN GERAK
2. KE KANAN LURUS
3. PANDANG DEPAN
4. BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA KE KANAN PUSING
5. DARI KIRI CEPAT JALAN
6. HORMAT, HORMAT KE HADAPAN HORMAT(KAKI KIRI)
7. TUKAR LANGKAH SEMASA BERJALAN, TUKAR LANGKAH (3X BERTURUT-TURUT)
8. BERGERAK KE KANAN BERTIGA0TIGA KE KANAN PUSING(KAKI KANAN)
9. TUKAR LANGKAH PERLAHAN,PERLAHAN JALAN (KAKI KIRI)
10. TUKAR LANGKAH MASA PERLAHAN, TUKAR LANGKAH (3X BERTURUT-TURUT)
11. BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA KE BELAKANG PUSING (KAKI KANAN)
12. TUKAR LANGKAH CEPAT, CEPAT JALAN (KAKI KANAN)
13. BARIS HENTI(KAKI KIRI)
14. BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN KE KANAN PUSING
15. KE KANAN LURUS
16. PANDANG DEPAN

MELAPOR

SELAMAT PAGI TUAN, SAYA/PASUKAN ..... SELESAI DIUJI TUAN. MOHON KEBENARAN MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN TUAN. TABIK HORMAT .TERIMA KASIH TUAN.

SULUH KATA

SULUH KATA

P- Patuh kepada ibu bapa
U- Ugama/agama berteraskan al-Quraan dan Hadith
T- Taat kepada Allah dan Rasul
E- Erat ukhuwah Islamiyah
R- Rela berbakti kepada Allah
I-Iman dipupuk ilmu dituntut

I- Insaf diri ia kepunyaan Allah dan kepada allah ia kembali
S- Solat ditunai setiap waktu
L- Larangan Allah dijauhi
A-Akhlak mulia pengukuh keimanan
M- Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

Friday, December 25, 2009

MOTTO/COGANKATA

BERILMU
BERIMAN
BERAMAL

SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM

1.0 SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.



Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.


Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.









Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.



PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.



Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.



Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.

KURIKULUM PUTERI BONGSU

PANDUAN KURIKULUM PUTERI BONGSU



1. Bidang Pengurusan dan Pentadbiran
1.1 Sejarah Penubuhan PPIM
1.2 Struktur organisasi PPIM peringkat sekolah
1.3 Senarai tugas dan bidang jawatankuasa PPIK sekolah
1.4 Mengetahui, menganalisis, menghayati dan menghafal
1.5 Pakaian Seragam
1.6 Lencana PPIM
1.7 Bendera
1.8 Asas Kawad Kaki
1.9 Tatacara Perjumpaan

2. Pendidikan Rohani
2.1 Mengetahui Sejarah Islam
2.2 Taharah/Bersuci
2.3 Solat Fardu dan hikmatnya

3. Kesihatan Rohani dan Jasmani
3.1 Ciri-ciri Kesihatan diri
3.2 Rohani
3.3 Keceriaan Alam Sekitar
3.4 Penyakit Berjangkit

4. Keluarga dan Masyarkat
4.1 Bentuk-bentuk dan jenis-jenis Perhubungan dalam masyarakat
4.2 Menghargai dan menyayangi dengan baik barang-barang
dalam jagaan
4.3 Kemudahan Awam

5. Pendidikan Rumah Tangga
5.1 Mengetahui jenis-jenis Jahitan Asas
5.2 Penjagaan
5.3 Kraftangan
5.4 Masakan

6. Rekreasi dan Riadah
6.1 Permainan
6.2 Seni Suara
6.3 Seni Lukis - Tulis/Kaligrafi/Khatt

7. Pertolongan Cemas - Memahami Tentang Kecederaan dan
Rawatan
7.1 Kecederaan
7.2 Alat dan bahan merbahaya
7.3 Anduh dan Balutan
7.4 Kotak Pertolongan Cemas

8. Aktiviti Luar
8.1 Mengadakan aktiviti luar dengan tujuan mengenai alam
semulajadi

9. Perkhemahan atau Perkampungan
9.1 Mengetahui asas ikatan
9.2 Melaksana perkampungan dalam kawasan sekolah selama
satu hari - pagi hingga petang.